LOKASI (5 minit ke Hentian Puduraya Baru di Bandar Tasek Selatan - Tahun 2010)
Unit pangsapuri saya terletak di Perumahan Desa Tasek, Bandar Tasek Selatan, Sg. Besi. Perumahan ini berjiran dengan Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Taman Connaught, Sri Petaling, Seri Kembangan dan Serdang.
Kedudukannya hanya 20 minit dari bandaraya Kuala Lumpur. Terletak ditengah-tengah rangkaian jalan utama seperti lebuhraya KESAS, Lebuhraya KL-Seremban dan MRR2 dan menjadikannya sebuah tempat kediaman yang sangat strategik. Apalagi dengan terbinanya pelbagai prasarana dan berbagai kemudahan yang jarang didapati di perumahan lain di Kuala Lumpur dan Selangor.
SEBAB MENJUAL?
Saya telah tinggal di Desa Tasik sejak tahun 1998 dan kini telah membeli sebuah lagi rumah di Sg Buloh, Selangor. Saya ingin menjual rumah ini kerana kedudukan kewangan saya hanya mengizinkan saya memiliki sebuah rumah sahaja.
APA YANG MENARIK UNTUK TINGGAL DI DESA TASEK?
Tinggal di sini banyak kemudahannya seperti terdapat ramai baby-sitter di sini bagi menjaga anak-anak kecil anda. Selain itu, terdapat beberapa buah Tadika anjuran KEMAS dan Taman Asuhan swasta lainnya di setiap kelompok perumahan di sini. Pendekata tidak banyak masalah untuk soal penjagaan dan persekolahan anak-anak anda. Anak-anak juga boleh belajar di mana-mana sekolah rendah atau menengah di sini dan boleh ke sekolah dengan berjalan kaki sahaja.
Antara yang menarik mengenai rumah saya ini ialah, ia terletak bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Tasek, di mana anak saya hanya berjalan kaki beberapa minit sahaja untuk sampai ke sekolahnya (lihat gambar).
Gambar pandangan dari rumah saya, menunjukkan pintu yang menghubungkan sekolah dan perumahan Desa Tasek (klik gambar untuk besarkan).
KEMUDAHAN LAIN?
Sejak pusat pemerintahan kerajaan Persekutuan berpindah ke Putrajaya, sebagai penghuni perumahan Desa Tasik, anda tidak perlu risau jika ada urusan di sana, kerana perjalanan ke sana hanya mengambil masa 15 - 20 minit sahaja dengan kemudahan lebuhraya yang luas lagi selesa. Selain itu jika anda mahu, anda boleh juga berbelanja di pusat membeli belah Alamanda Putrajaya.
Kedudukannya yang berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil, memudahkan anda berkunjung menyaksikan pelbagai acara seperti karnival jualan murah atau Jom Heboh. Begitu juga acara-acara sukan berprestij, banyak diadakan di sini.
SELAIN ITU?
Hari ini hampir setiap keluarga memiliki sebuah kereta. Maka masalah parking sering timbul dan kadang-kadang mencetuskan pergaduhan serta permusuhan hanya kerana berebut petak parking di kawasan rumah. Hal ini tidak berlaku di blok 26 rumah saya ini. Jika petak-petak yang startegik telah penuh, masih banyak petak-petak yang masih kosong. Selain itu terdapat Pengawal Keselamatan yang berkawal 24-jam.
Akhir sekali, dengan memilih menu-menu blog yang terdapat di sebelah kanan paparan, anda akan dibawa melihat gambaran lebih jelas mengenai rumah saya dan maklumat lainnya. Bagi yang berminat, anda dialu-alukan untuk datang melihat rumah saya dengan membuat temujanji terlebih dahulu.
--- SERIOUS BUYER ONLY ---
Sekian, terima kasih.